Langkau ke kandungan

LUBRICANTS.TECHNOLOGY.PEOPLE.

PELINCIR.TEKNOLOGI.MANUSIA

Triad ini merupakan teras model perniagaan kami dan membentuk dasar tindakan seharian kami di seluruh dunia.

PELINCIR.

100% fokus

FUCHS memberi fokus 100% kepada pelincir dan kepakaran berkaitan dan melakukannya selama lebih 80 tahun. Dengan lebih 10,000 produk, syarikat ini menawarkan rangkaian produk pelinciran yang lengkap kepada pelanggannya dan memenuhi piawaian terketat pada tahap kebangsaan dan antarabangsa. Portfolio produk dibahagikan kepada beberapa kategori teras pelincir automotif dan perindustrian, bendalir kerja logam dan pelincir untuk kegunaan khas. Portfolio dilengkapkan lagi oleh rangkaian perkhidmatan teknikal serta proses berkaitan yang komprehensif.

TEKNOLOGI.

Penyelesaian holisitik

Penyelesaian yang canggih, berorientasi proses dan holistik merupakan faktor utama kejayaan FUCHS. Rangkaian pakar-pakar kami di seluruh dunia memenuhi keperluan pelanggan di peringkat global melalui jaringan bidang kepakaran khas secara cepat dan cekap. Kira-kira satu daripada sepuluh pekerja kami bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan. FUCHS mempunyai kira-kira 600 projek penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, dan bertujuan untuk menyediakan jawapan optimum kepada keperluan pelanggan kami. Ini membolehkan kami menyatukan kepimpinan teknologi kami dalam segmen-segmen perniagaan yang penting. Ini bukan sahaja soal keberkesanan dan kecekapan atau keselamatan dan kebolehpercayaan, tetapi juga tentang kemampanan pelincir tersebut – dari pengeluaran hingga ke pelupusannya.

INDIVIDU.

Komitmen peribadi

Dengan seramai kira-kira 5,000 pekerja yang berkelayakan tinggi dan berkepakaran khusus di seluruh dunia, kami beriltizam untuk menjamin kepuasan pelanggan kami. Pasukan FUCHS global menganggap dirinya sebagai unit yang amat selaras, yang mana tahap komitmen peribadi mereka meneruskan kisah kejayaan FUCHS tahun demi tahun. Perbincangan intensif bersama pelanggan dan rakan niaga kami, serta interaksi berkeyakinan antara satu sama lain mewujudkan peluang untuk kami sentiasa menemui penyelesaian pelincir optimum dan buatan khas untuk keperluan individu setiap pelanggan kami.

Contact
+49 (0) 621-3802-0